Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Suci, Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa. Dan selawat serta salam terhadap Junjungan Besar Muhammad SAW. Hanya kerana kudrat dan iradat Allah SWT serta limpah kasih dan hidayahnya maka saya berhasil untuk menyudahkan kerja-kerja terjemahan dan penyusunan Berita-berita, rahsia-rahsia,hakikat kejadian-kejadian dan keadaan-keadaan alam ghaib yang digali dari al-Quran. Sesungguhnya penulisan saya ini diambil dari karangan-karangan ulama-ulama besar yang mana kebarangkalian kitab-kitab itu telah tiada lagi di toko-toko,perpustakaan atau simpanan. Juga terdapat penyusunan dari saya sendiri melalui pembelajaran saya secara langsung atau tidak langsung. Melihat kepada betapa besarnya manfaat yang akan diperolehi melalui kerja-kerja ini, saya terpanggil untuk menterjemahkan dan menyusun kembali isikata kandungan kitab-kitab ini mengikut kesesuaian zaman. Ada juga penulisan asal yang disunting oleh saya kerana pemahaman, dialek, dan juga konsonan-konsonan yg sukar untuk saya menyesuaikan maknanya maka saya buang atau digantikan dengan perkataan lain yang saya rasakan sesuai. Bagaimanapun, untuk pemahaman yang lebih dan persoalan yang mungkin bakal timbul, maka saya akan menerbitkan secara bab-bab untuk tidak mengelirukan dan mengambil kesempatan sepenuhnya ruang ini. Saya dengan penuh rendah hati dan keinsafan ingin menyatakan bahawa kebaikan-kebaikan sekiranya ada melalui usaha saya ini, bukanlah hak saya melainkan hak penulis-penulis asal, guru-guru penasihat, sahabat-sahabat, ahli-ahli keluarga dan tidak lupa kepada Isteri tercinta Wan Nur'Syuhairah dan cahaya mataku Asy Sybilla dan yang amat saya hormati dan kasihi Ayahanda Al Fadhil Tuan Guru Tuan Haji Yusoff bin Tuan Haji Nik Embong dan Bonda tercinta Allahyarhamah Ustazah Hajjah Maimunah binti Mohd Isa.(al Fatihah)
Kepada alim ulama', cendekiawan-cendekiawan,orang orang yang ariff, jika terlihat sesuatu perkara yang perlu ditambah atau diperbaiki atau diganti, maka saya dengan penuh syukur dan insaf memohon agar saya ditegur dan diajari saya dengan lebih lagi. Sesungguhnya aku berserah jiwa dan ragaku semata-mata untuk KeredhaanMu ya Allah, Tuhanku. Ampuni dosa-dosaku, dosa keluargaku, sahabat-sahabatku dan orang-orang mukmin seluruhnya, tanpa limpah kurniamu Ya Allah, tiadalah kami ini melainkan menjadi golongan yang zalim. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu PesuruhMu.
Asy Sybilla Khalil
03.12.2010 "Tuhanku, Tambahi Aku Dengan Ilmu"
Kitab al Quran ini, tidak ada kekurangan padanya. Menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa (iaitu) mereka yang beriman kepa yang Ghaib........Surratul Baqarah. ayat 2-3....
BAB 1 : KEJADIAN ALAM SEMESTA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Berjuta-juta tahun yang telah silam. Diwaktu itu,tidak ada sesuatu apa pun. Tidak ada langit, tidak ada bumi, gunung-ganang, tumbuhan-tumbuhan, binatang-binatang, lautan-lautan, juga benda-benda yang berada di angkasa raya seperti bulan, matahari, bintang-bintang bahkan malaikat-malaikat, jin-jin, Iblis, manusia dan segala makhluk. Lantas apakah yang telah ada di kala itu?. Dikala itu yang ada hanyalah Allah SubhanahuWataalla. Seperti Firman Allah dalam surah al Haddid ayat 3 yang bermaksud: "(Allah) Dialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". Jelaslah bagi tiap-tiap orang yang beriman, Kalam Allah di atas menyatakan bahawa Allah yang pertama sekali ada sebelum adanya sesuatu. Juga Allah tetap Ada setelah segalanya musnah (hari Akhirat). Terdapat pelbagai bukti nyata yang tidak dapat digambarkan oleh kebatasan akal manusia segala hikmah-hikmah dan kebesaran Dzatnya atas wujudnya Allah itu. Kemudian, dengan sifat Kudrat dan IradatNya, Allah SWT menciptakan alam semesta ini dalam enam masa. Seperti Firman Allah Surratul Hud ayat 7 yang bermaksud " Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgahsanaNya sebelum itu di atas Air, agar Ia dapat menguji siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya".
Dalam menciptakan alam semesta ini, Allah hanya cukup dengan berfirman "Kun" (Jadilah) maka akan terciptalah akan apa yang dikehendaki Allah "Fayakun"(Terjadilah) itu tanpa bantuan sesiapa pun. (Keupayaan Allah menciptakan atau mengingini sesuatu adalah tidak terbatas, namun Allah tetap menciptakan alam semesta dalam enam masa agar menjadi contoh umat manusia untuk tidak tergesa-gesa melaksanakan sesuatu hal. Maha Suci Allah dari segala kekurangan). Firman Allah SWT dalam surratul Yaa'sin ayat 82. "Sesungguhnya keadaan apabila Dia mengkehendaki sesuatu, hanyalah berfiman Kun(jadilah)maka akan terjadilah sesuatu perkara itu". Sehingga sesuatu itu, yang tadinya tiada menjadi ada. Yang tadinya kosong dan hampa menjadi rupa dan bentuk. Akhirnya, terciptalah alam semesta ini yang terdiri dari langit-langit, bumi dan segala isinya, iaitu matahari, bulan,bintang-bintang,tumbuhan-tumbuhan, gunung-ganang, lautan-lautan, bintang-binatang juga dari golongan makhluk-makhluk halus seperti malaikat-malaikat, Iblis/syaitan, jin-jin serta makhluk selainnya. Dengan yang demikian, setiap siang dan malam dapat pula kita menyaksikan kebesaran itu semua. Iaitu alam sekeliling kita. Seperti Firman Allah dalam surratul Yunus yang bermaksud "Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, kemudia Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusanNya". Oleh itu, marilah kita sebagai hamba yang dikurniakan akal untuk berfikir, memikirkan betapa kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam mencipta dan mengkehendaki sesuatu. Seperti bagaimana langit ditegakkan tanpa tiang atau bagaimana bumi dibentangkan. Bagaimana gunung-ganang itu berpasak di bumi dan bagaiman pula unta itu diciptakan. Itulah antara tanda-tanda kebesaran Allah.
Selanjutnya, ada disingkapkan di dalam suatu riwayah, bahawa Allah SWT menjadikan sebuah pohon yang bercabang empat. Ia menamakannya pohon Yakin. Kemudian, Ia menjadikan pula Nur Muhammad dalam bentuk hijab dari intan permata yang putih berbentuk seperti burung Thous (merak). Dan Ia menempatkan Thous itu di pohon Yakin. Maka Thous itu bertasbih memuji Allah selama 70 tahun.Lalu Allah menjadikan pula cermin Hiya'(malu)dan diletakkan pada muka Thous, setelah Thous itu melihat bentuk rupanya dalam cermin dengan sebaik-baik rupa dan bentuk kejadian dan begitu indah pula akan gerakannya, maka ia berasa malu kepada Allah sehingga ia berkeringat. Kemudian Nur Muhammad itu, sujud kepada Allah 5 kali. Inilah bagi kita diwajibkan bersujud pada waktu-waktu yang ditetapkan dan oleh kerananya juga maka Allah mewajibkan solat lima waktu kepada Muhammad SAW beserta umatnya.
Selanjutnya, Allah SWT memandang kepada Nur itu. Kerana malu dan takutnya ke Hadrat Allah maka berkeringatlah Nur Muhammad itu. Kemudian dari itu, keringat itu pula Allah menciptakan.
1.Dari keringat hidungnya nur Muhammad itu Allah menciptakan para malaikat.
2.Dari keringat wajahnya nur Muhammad itu Allah menciptakan Arasy, Kursi, Lauh alMahfuz, Qalam, Matahari, Bulan, Hijab-Hijab, Bintang-Bintang dan segala yang ada di langit.
3.Keringat dari dadanya, Allah menjadikan roh para Rasul, Nabi, Ulama', Syuhada dan para Solehin.
4. Keringat dari punggungnya, Allah menjadikan Baitul Makmur, Kaabah, Baitul Muqaddis, tempat terdirinya Masjid-Masjid di dunia.
5.Keringat dari alis matanya pula Allah menjadikan roh umat Muhammad dari golongan Mukminin dan Mukminat.
6.Keringat dari kedua telinganya, Allah menjadikan ruh-ruh Yahudi, Nasrani,Majusi dan yang sebangsa dengannya serta golongan manusia yang zalim dan buas dan juga orang-orang munafik.
7.Dari keringat kedua kakinya, Allah menjadikan bumi dan seisinya dari arah masyrik hingga maghrib.
Kemudian Allah berkata kepada Nur Muhammad itu, "Lihatlah mukamu wahai Nur Muhammad SAW" Maka baginda melihat dimukanya berupa Nur, dibelakangnya berupa nur, dan dikiri kanannya juga berupa nur. Dan nur-nur itu ialah Nur Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Semoga Allah SWT meredhai mereka...... (akan bersambung InsyaAllah)
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment